English | Malay


Nasmir Tour & Travel Agency beroperasi serentak pada 23 Februari 2007 bersamaan dengan pembukaan Golden Nasmir Hotel dan beroperasi di dalam premis hotel.

Nasmir Tour & Travel Agency merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan bernaung di bawah Persatuan Ajensi-Ajensi Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk menyahut seruan Kerajaan bagi meningkatkan lagi penyertaan pengusaha Bumiputera di dalam industri pelancongan yang merupakan industri kedua terbesar yang menyumbang kepada ekonomi Negara. Semperna Tahun Melawat Malaysia 2007 yang bertemakan ‘Menyambut 50 Tahun Kenegaraan’.

Kemudahan yang disediakan oleh syarikat pelancongan ini adalah seperti berikut:

  • Tempahan tiket penerbangan (semua syarikat penerbangan), pengangkutan laut, dan darat
  • Pakej pelancongan dalam dan luar negara termasuk pakej Umrah dan Pakej Muslim
  • Tempahan bilik hotel di seluruh Malaysia dan luar negara
  • Penyewaan bas persiaran, van dan kereta pandu sendiri
  • Insuran pengembaraan
  • Permohonan Visa, dan lain-lain lagi.


Hak Cipta @ 2008, Nasmir Tour & Travels. Harta Perlihara
Peraturan | Hubungi Kami